Kerajaan Bantu RM30,000 Kepada Pembeli Rumah Skim #MyHome #1Malaysia @NajibRazak @mpkotabelud @GoTeamRD


Melalui pembentangan Bajet 2014 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat 2013. Sebanyak RM30,000 insentif ditawarkan kepada pembeli² dan pemaju swasta melalui skim MyHome yang dikelolakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Program MyHome ini sebenarnya untuk menggalakkan syarikat pemaju swasta membina lebih banyak rumah mampu milik di seluruh malaysia berdasarkan keperluan dan lokasi yang dikenalpasti. Lokasi pembinaan akan dinilai oleh sebuah Jawatankuasa sebelum kelulusan diberikan oleh KPKT.

Menurut Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika berucap melancarkan program ini, Kementerian yakin program ini akan menggalakkan penambahan jumlah rumah mampu milik dalam pasaran dan pemilikan rumah oleh rakyat.

Turki Sekat Akses Youtube #1Malaysia @NajibRazak


Pihak berkuasa Turki mengambil langkah untuk menyekat penggunaan laman web perkongsian video YouTube semalam, selepas tindakan yang sama dilakukan ke atas laman sosial Twitter, kata agensi berita tempatan.

Agensi Anadolu berkata, pihak berkuasa telekomunikasi nasional telah memulakan sekatan, namun laman web itu masih boleh digunakan secara meluas sewaktu pengumuman dilakukan.

Sekatan itu dilakukan ke atas YouTube sebagai salah satu cara untuk mencetuskan kemarahan di Turki, yang mana media sosial ini digunakan secara meluas.


P/s : Untung rakyat Malaysia

Penglibatan Malaysia Diiktiraf Negara Serantau #1Malaysia @NajibRazak #UMNO #BarisanNasional


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif Bangsamoro (CAB) yang diusahakan Malaysia di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), di Istana Malacanang di sini, sebentar tadi.

Majlis bersejarah yang mengakhiri konflik 42 tahun itu turut dihadiri Presiden Filipina, Benigno Aquino III. Malaysia berperanan sebagai fasilitator proses rundingan damai itu sejak 2001 menerusi Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed.

SETIAWANGSA

Kenyataan Rasmi YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak #MH370 #1Malaysia @NajibRazak


Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Kemalangan UK Air Siasatan Cawangan (AAIB). Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan, telah melaksanakan pengiraan yang lebih lanjut mengenai data.

Menggunakan sejenis analisis tidak pernah sebelum ini digunakan dalam satu penyiasatan seperti ini, mereka telah dapat menumpahkan lebih banyak cahaya pada laluan penerbangan MH370 itu.

Satu-Satunya Anak Malaysia Yang Paling Pandai #1Malaysia #PrayForMH370 @anwaribrahim @mpkotabelud @GoTeamRD


Saya berada dalam Parlimen minggu lepas semasa Anwar Ibrahim membidas cara kerajaan menangani insiden MH370. Anwar membandingkan cara Allahyarham Tun Abdul Razak mengendalikan insiden Japanese Red Army dan cara Dato Sri Najib mengendalikan kes MH370 ini.

Saya bangkit untuk mencelah perbahasan beliau mengenai perbandingan yang tak masuk akal itu. Hari ini saya ingin kongsi kan pandangan Dato Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia mengenai isu yang sama.

Dato Fuad berkata ;

Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army pada tahun 1975 semasa mereka menawan lebih 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370. Masa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.

Doa Wan Azizah Hanya Untuk Anwar, Bukan Untuk Penduduk #Kajang #PRKKajang #1Malaysia - @syalialhabshee @TengkuAdnanReal


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, gambar Presiden boneka PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sedang berdoa sekadar untuk kepentingan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa gambar berkenaan cuba mengajak pengundi DUN Kajang supaya bersimpati dengan nasib Anwar yang didapati bersalah kerana meliwat.

“Gambar beliau berdoa itu sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan pengundi DUN Kajang, “ tegasnya.

RM150 Juta Kos Pembangunan Semula Razak Mansion Di Sg. Besi #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Pembangunan semula perumahan awam 1Razak Mansion di Sungai Besi di sini melibatkan 658 unit kediaman akan bermula pada April ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembangunan semula melibatkan kos sebanyak RM150 juta, akan dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Impianika Development Sdn. Bhd.

Katanya, setiap unit baharu akan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 800 kaki persegi (kps), berbanding unit lama yang hanya mempunyai satu dan dua bilik pada keluasan 399 kps.

Beliau berkata, anggaran nilai pasaran setiap unit baharu itu adalah sebanyak RM250,000, iaitu tiga hingga empat kali ganda lebih tinggi daripada nilai pasaran unit kediaman yang lama.

Sometimes We Can't Avoid From Funny Questions #MH370 #PrayForMH370


"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?"

These were the questions posed by a French journalist which stumped acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who has been answering a multitude of difficult questions during the daily press conferences on the missing Malaysia Airlines MH370 plane.

Bemused by the question, Hishammuddin asked her which media organisation she was from before answering.

Apa PAS Boleh Buat Apabila Islam Dihina Sebegini?

Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang akan berlangsung pada 21 Mac 2014 Jam 8.00 malam di Dataran Masjid Putra , Putrajaya dihina dan dicaci puak yang tidak mahu keharmonian dan perpaduan berlaku di Malaysia.

MHS yakin, ia dilakukan adalah bukan sahaja untuk menggoncangkan hubungan yang semakin erat di antara UMNO dan PAS malah ianya bertujuan jauh dari itu; mahu melihat orang-orang Islam marah kepada masyarakat bukan Islam SEKALIGUS MENGHURU-HARAKAN Negara.

Antara Intipati / terjemahan hinaan dan cacian ini adalah: (Dari Mandarin)
1. Hahaha! Program macam ini pun ada ka? 
2. Melayu bersatu lagi senang samun duit orang luar
3. Ini program mau tarik bulan ooo. bulan ilang manyak bahaya woo. kena kasi tolong sama itu bulan jangan bagi sesat
4. tiada bulan , tada boleh jalan ooo. Jangan kasi itu bulan terlepas ooo 
5. mau kawal bumi kena kawal itu bulan wooo. tada itu bulan masalah wooo 
6. kita kena kerjasama kasi bantu itu bulan . bagi dia kasi sama kita itu cahaya. 
7. Sama-sama tolong itu bulan, jangan kasi itu bulan sesat . kasi itu bulan setia bagi cahaya sama kita. 

Apa ni? Bulan merujuk kepada PAS KA?


Sumber : MyHomeSoil

Demi Kelangsungan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur @NajibRazak @TengkuAdnanReal #1Malaysia


Perkhidmatan monorel RapidKL akan diberhentikan sementara pada 12 dan 13 April ini untuk membolehkan perlaksanaan kerja-kerja naik-taraf sistem semboyan.

Bermula daripada 12.01 pagi pada 12 April sehingga pukul 4 pagi pada 14 April, kerja-kerja naik-taraf sistem semboyan itu melibatkan tempoh ujian 52 jam tanpa henti. Perkhidmatan monorel RapidKL dijangka kembali normal pada pukul 6 pagi, 14 April.

Rapid Rail Sdn Bhd, operator perkhidmatan LRT dan monorel RapidKL, dalam satu kenyataan hari ini, berkata penutupan itu telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Haji Khairani Mohamed berkata perkhidmatan bas pengantara khas akan disediakan berhampiran dengan semua stesen monorel untuk memudahkan para pengguna pergi ke destinasi-destinasi yang terletak di sepanjang laluan Monorel.

Pakar Cadang Misi Mencari Bergantung Pada Data Satelit #PrayForMH370 #1Malaysia


Pakar mencari dan menyelamat mencadangkan agar misi pencarian pesawat MH370 dikecilkan dengan bergantung kepada data satelit yang sebelum ini diragui kerana tidak memberi maklumat tepat dan tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.

Pakar penyiasatan kemalangan dari Universiti Penerbangan Embry-Riddle di Arizona, William Waldock berkata, pihak yang terlibat dalam operasi mencari MH370 berfikir di luar kotak kerana menggunakan teknologi terbabit, dan tindakan itu dilihat berkesan.

Jelasnya, pasukan penyiasat insiden pesawat terhempas tidak pernah menggunakan data satelit bagi mencari pesawat hilang, tetapi selepas meneliti petunjuk lain, teknologi berkenaan merupakan pilihan terbaik.

3 Resolusi Dipersetujui Dari Konvensyen Hala Tuju Melayu BTR @NajibRazak @TengkuAdnanReal #UMNO #1Malaysia


Melayu hari ini semakin hari kian tercabar bukan saja daripada sudut agama Islam yang diperlakukan dengan pelbagai tindakan eksploitasi terancang bahkan Melayu hari ini semakin terdesak untuk terus hidup di celah-celah pembangunan ekonomi negara yang sudah terbendung kepesatannya.

Kadar miskin bandar kehidupan di kota bertaraf World Class City ini semakin meningkat dengan angka yang mewakili bangsa Melayu juga mengejutkan banyak pihak. Tak perlu nak hurai panjang tetapi perkataan yang paling terbaik untuk dipadankan dengan Melayu bandar hari ini ialah Melayu semakin terancam.

Atas rasa tanggungjawab bersama, julung kali diadakan Konvensyen Hala Tuju Melayu Bandar Tun Razak telah dianjurkan dengan satu matlamat dan objektif yang sama iaitu mencari resolusi yang boleh digunapakai bagi mewujudkan keseimbangan kehidupan Melayu di bandar.

Tengku Adnan Bidas Anwar Ibrahim #1Malaysia #PrayForMH370 @TengkuAdnanReal


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam. Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan.

MoU Air : Ada Pihak Berkepentingan Di Selangor Sakit Jiwa Dengan Langkah Maju Khalid Ibrahim


Ada sesuatu yang belum selesai apabila kepimpinan pakatan pembangkang masih terus-terusan mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Haryaty Hamzah melihat bahawa kepimpinan pembangkang lain yang tidak sealiran dengan keputusan Menteri Besar Selangor adalah berasaskan kepada agenda politik atau kecewa untuk ambil kesempatan menangguk keuntungan.

Jangan Gadai Lagi Dasar Pendidikan Negara Demi Tagih Undi Cina

Kerajaan diingat tidak menggadaikan dasar pendidikan negara dengan mengiktiraf Peperiksaan Gabungan Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) hanya kerana mahu menagih undi kaum itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris menegaskan, sekiranya itu adalah syarat untuk kaum Cina mengundi Datin Paduka Chew Mei Fun dalam PRK DUN Kajang, pihaknya lebih rela calon Barisan Nasional (BN) itu tewas berbanding dasar pendidikan negara tergadai.

"Gesaan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini sangat tidak bertanggungjawab kerana mendesak kerajaan mengiktiraf UEC menjelang PRK DUN Kajang.

Lelaki Disyaki Kurang Siuman Selerakkan AlQuran


Lelaki yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian membaling Al-Quran di sebuah masjid di Besut, Terengganu dipercayai menghidap penyakit mental.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata suspek yang mengalami masalah mental itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut.

PRK DUN Balingian, Sarawak Ditetapkan Pada 29 Mac 2014


Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak akan diadakan pada 29 Mac, manakala penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sebanyak 13,366 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya itu, iaitu 13,233 pengundi biasa dan 133 pengundi awal.

Catu Air : SYABAS Diminta Beri Panduan Jelas Kepada Penduduk


Masih ada penduduk keliru dengan pelan catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) yang dimulakan sejak 27 Februari lalu di sekitar ibu negara dan Selangor.

Seorang penduduk, Siti Rohana Abdullah, 42, yang tinggal di Pangsapuri Cemara, Bandar Tasik Permaisuri di sini berkata, dia meminta pihak Syabas memberi penerangan lebih jelas mengenai catuan itu.

"Saya tahu mengenai catuan itu tetapi sepatutnya ada panduan berhubung langkah yang perlu dilakukan penduduk bagi mengelak sebarang kesulitan.

Tweet Biadap Dari Anak Melayu Yang Tak Kenang Pengorbanan Perajurit #1Malaysia


Semua salahkan UMNO , tak pun blogger UMNO ...itu sahajalah hujah longkang pemimpin PKR yang kini digunapakai Dr Afir Bahardin , Adun PKR Seberang Jaya . 

Jangan ingat rakyat bodoh & tak memahami tweet anda . Apabila anda menyatakan tweet itu tidak merujuk kepada sesiapa adalah jawapan dangkal . 

Di ketika semua rakyat terkejut dengan terkorban seorang anggota Polis ketika menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam , beliau telah tweet kenyataan cukup biadap " Penjenayah Bunuh Polis itu tidak menghairankan " .

Malah Timbalan KPN turut menyelar kenyataan Adun PKR ini jelas tidak berperikemanusiaan . 

Tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai penjenayah dan polis disifatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dr Afif memuat naik status Facebooknya sebagai "penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..."

"Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat," ujar Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Balai Polis Tabuan Jaya di sini, pada Khamis.


Sewajarnya beliau memohon maaf dalam kenyataan medianya tetapi tidak dilakukan sebaliknya menyalahkan ia salah UMNO dengan angkuh & seperti tak rasa bersalah !!