Wujudkan Jabatan Hartanah Bumiputera - Wan Shahrul Nizam


Kerajaan perlu mengawal pembinaan rumah mewah yang terlampau banyak di bandar-bandar sehingga menyebabkan golongan belia, terutama belia Melayu, tidak mampu memilikinya.

Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju Wan Shahrul Nizam Wan Othman berkata perkara yang perlu diutamakan ialah pembinaan rumah mampu milik dalam kawasan bandar.
"Itu yang diingini oleh golongan belia bandar," katanya semasa membahas ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno di sini, pada Rabu.

Beliau berkata berikutan tidak mampu memiliki rumah, golongan belia di kawasan bandar rasa tersisih.

Wan Shahrul turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Jabatan Hartanah Bumiputera bagi menjalankan tanggungjawab meneliti dan memastikan pembangunan rumah mampu milik dan mewah di kawasan bandar seimbang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.