Najib Umum 3 Langkah Tambahan Untuk Mangsa Banjir #PrayForPantaiTimur #Banjir2014


Ramai 'penganalisis' facebook yang sibuk tanya kenapa Malaysia tidak disiytiharkan darurat sedangkan banjir kali ini menyebabkan lebih 100,000 rakyat dipindahkan.

Soalan itu menarik perhatian wartawan untuk ditanya sendiri pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kelantan pada Sabtu.

Dalam sidang medianya di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Najib berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.

Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.

Dalam masa yang sama beliau mengumumkan bantuan khusus RM500 juta kepada mangsa banjir di semua negeri yang terjejas.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa yang kediaman dan kenderaan yang musnah.

"Bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Langkah kedua ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.

“Langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula pinjaman mangsa yang terlibat,” katanya.


Terhadahulu, Najib meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.

Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.

Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.