Tahniah Tan Sri Zulhasnan Rafique Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah


Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique yang telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PHD) oleh Kolej Universiti GEOMATIKA.

Beliau juga telah dilantik sebagai Canselor di kolej universiti berkenaan.


Pengiktirafan kepada Tan Sri Zulhasnan dibuat sebagai mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau selaku bekas Ahli Parlimen Setiawangsa yang telah melakukan banyak jasa kepada penduduk di sini terutamanya dan pusat pembelajaran di sekitar parlimen ini.

Untuk rekod, Tan Sri Zulhasnan menjadi wakil rakyat selama 13 tahun di Parlimen Setiawangsa selama tinggal penggal bermula pada tahun 1999 sehingga 2012. Tahniah diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.