Pembekuan Akaun Bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Di Parlimen Bandar Tun Razak - Rizalman @NajibRazak @tengkuadnanreal @rizalmanmokhtar


Umum mengetahui YB Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selama 6 tahun dan dalam masa yang sama Menteri Besar Selangor atas tiket Parti Keadilan Rakyat.

Antara sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen selain bantuan lembu korban ialah melaksanakan SMUE untuk membantu golongan usia emas tertentu yang saya sendiri tidak tahu bentuk bantuan dan jumlah penerimanya.

Abaikanlah berapa orang yang menerima dan apa bentuk bantuannya kerana itu bukan isu pokok.
Isunya ialah bila tindakan YB Azmin Ali membekukan semua bentuk bantuan yang diusahakan oleh Yb Khalid Ibrahim dan akhirnya menjadikan rakyat sebagai mangsa termasuklah di Parlimen Bandar Tun Razak atas alasan Khalid Ibrahim bukan lagi mewakli PKR.


Saya sangat simpati dengan apa yang berlaku di Bandar Tun Razak terutamanya yang terpilih menyertai SMUE kerana mereka juga secara tidak langsung telah terhukum atas krisis pokitik di Selangor.Ini menunjukkan PKR tidak ikhlas memberi bantuan pada rakyat yang langsung tidak bersalah atas kemelut yangn berlaku.

Sepatutnya bantuan tersebut perlu diteruskan kalau PKR benar-benar Parti yang bertanggungjawab atas dasar mengenang budi rakyat yang memberi kepercayaan pada mereka dalan Pilihanraya yang lalu.

Sangat berbeza dengan apa yang Barisan Nasional lakukan iaitu terus memberi bantuan secara langsung walaupun kalah di Parlimen Bandar Tun Razak tanpa ada bentuk penghukuman dan balas dendam atas keputusan yang dibuat pengundi.


Buktinya skim bantuan dari Jabtan Kebajikan Masyarakan, E Kasih serta banyak lagi bantuan lain tetap diteruskan. Malah penerima BRIM di Bandar Tun Razak antara jumlah tertinggi yang diagihkan.

Kepada pengundi Bandar Tun Razak inilah harga yang perlu dibayar bila memilih Parti yang hanya mementingkan kuasa politik dengan menggunakan rakyat sebagai batu loncatan.


Penulis : Datuk Rizalman Bin Dato' Mokhtar 
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.