Majlis Sentuhan Kasih, Yayasan Wilayah Persekutuan


Menteri WP, Tengku Adnan merangkap Pengerusi YWP hari ini menyempurnakan Majlis Sentuhan Kasih, YWP dengan penyampaian sumbangan sebanyak RM135,000 kepada 

150 Pelajar Cemerlang OKU
21 buah Sekolah Pendidikan Khas
10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
21 Atlet Sukan OKU Berjaya
4 Usahawan OKU Berjaya
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan WP

Majlis ini diilhamkan dari kesedaran bahawa terdapat ramai warga serta anak-anak istimewa yang kelainan upaya di bandaraya KL, yang memerlukan bantuan untuk menjalani hidup yang lebih selesa.

Masih ramai ibubapa, penjaga, keluarga dan guru yang bergelut dengan cabaran, untuk membesarkan anak-anak kelainan upaya ini, termasuklah cabaran mendidik, cabaran kewangan, cabaran motivasi, cabaran mental, cabaran fisikal serta macam-macam cabaran dan keperluan lain.

Touch points teks ucapan Tengku Adnan 

Pendaftaran OKU dengan Jabatan Kebajikan masyarakat sehingga Feb 2014 telah mencecah 500,000 dan WP berada dikedudukan ke-5 tertinggi.

Menurut statistik JKM OKU di sektor awam telah meningkat kepada 1,754 setakat Disember 2012 berbanding 1,294 pada tahun 2009

Mengikut statisik Jabatan Buruh pula, sejumlah 13,339 OKU telah berdaftar engan Sistem Penempatan OKU bagi sektor swasta, dan 9,074 orang berjaya ditempatkan untuk bekerja di sektor itu, setelah dipadankan secara dalam talian sejak tahun 1990

Kerajaan juga akan terus memperkasa ekonomi golongan OKU melalui pelbagai geran untuk menggalakkan OKU menceburi bidang perniagaan. Contohnya, sejumlah 914 OKU telah menerima bantuan melalui Skim Galakan Bantuan Perniagaan bagi OKU oleh Kementerian Sumber Manusia dan berjaya mencipta peluang pekerjaan untuk 1,597 OKU.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.