Kelakar Sangat Dalam DAP Pun Ada Pengundi Hantu?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu menyiasat kehadiran pengundi hantu di dalam 120 cawangan DAP yang masih tidak berdaftar tetapi mengikuti pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut.

Bekas Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Das berkata, ROS perlu menjalankan siasatan ke atas senarai nama pengundi berkenaan dengan segera bagi menyelesaikan isu pengiktirafan CEC DAP.
Beliau berkata, tempoh selama 30 hari diberikan kepada ROS untuk berbuat demikian berdasarkan bukti terbaharu yang dibawanya untuk diserahkan kepada jabatan tersebut pada hari ini.

"Isu kehadiran pengundi daripada 120 cawangan berkenaan diperkukuhkan dengan tindakan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook semasa mengunjungi ROS baru-baru ini dan mendesak ROS meluluskan cawangan berkenaan yang tertangguh lebih dua tahun kerana terpaksa menunggu keputusan mahkamah.

"Tindakan Anthony itu seolah-olah mengakui bahawa 120 cawangan yang melibatkan kira-kira 10,000 ahli itu tidak sah. Tetapi yang menjadi persoalan, bagaimana senarai nama ahli berkenaan boleh mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen yang mengandungi senarai nama 2,576 perwakilan yang terlibat dengan pemilihan semula CEC DAP pada 29 September tahun lalu, di sini hari ini.

Pada masa sama, David turut mempertikaikan tindakan DAP yang masih menjalankan kutipan yuran keahlian daripada cawangan berkenaan biarpun mengetahui kemelut status CEC parti itu masih belum selesai.

"Jika tidak berdaftar, yuran berkenaan untuk apa. Saya risau yuran yang diminta digunakan bagi tujuan politik pemimpin DAP," katanya.

Sementara itu, Rahmad berkata, ROS perlu bertindak tegas dengan menggantung perlembagaan DAP buat sementara waktu sehingga kemelut isu CEC parti tersebut dapat diselesaikan.

"Sekiranya ROS mempunyai bidang kuasa dalam isu ini, mereka seharusnya menggantung perlembagaan DAP, supaya DAP tidak secara berani meluluskan apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan.


P/s : Dulu DAP dan Pakatan menuduh UMNO & BN miliki pengundi hantu setiap kali menjelangnya PRK ataupun PRU tapi kini seolah² DAP sendiri memiliki pengundi hantu di dalam parti sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.