Biro Media Sosial Putrajaya Serius Laksana Amanah @TengkuAdnanReal @razlanrafii


Biro Media Sosial dan Teknologi Maklumat UMNO Bahagian Putrajaya sepakat untuk memperteguh tekad dalam memastikan perjuangan parti bersemarak melalui media baharu dengan meningkatkan aplikasi penggunaan di semua lapisan masyarakat.

Dalam mesyuarat yang berlangsung pada 29 Okt 2014, Rabu, Pengerusinya En Mohd Zailani Mohd Shafi mahukan setiap anggota untuk menggerakkan keseluruhan media sosial dalam usaha memastikan perjuangan UMNO dihayati selain info semasa yang boleh dikongsi untuk manfaat bersama.

Katanya, media sosial adalah wadah terbaik untuk menyampaikan maklumat secara cepat dan pantas termasuklah menjadi perisai dalam menagkis tuduhan pembangkang serta memberikan penerangan kepada rakyat berkaitan sesuatu isu.

Dalam masa yang sama, mesyuarat tersebut turut membincangkan hala tuju dan perancangan akan datang agar setiap gerak kerja berlangsung lancar.


Sumber : UMNO Putrajaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.