Antara Ketaksuban Dan Kekeliruan Anak Muda - Datuk Rizalman @rizalmanmokhtar @TengkuAdnanReal


Selama dua hari akan berlangsung proses pengadilan peringkat akhir berkaitan pertuduhan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Proses ini akan melibatkan 5 orang panel Hakim yang akan membuat penilaian dan keputusan ke atas rayuan Anwar yang diwakili seramai 14 orang peguambela.

Saya tidak mahu mengulas soal keputusan mahkamah sebab saya tidak begitu arif dalam soal perundangan dan biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya.

Apa yang saya ingin ketengahkan ialah soal anak-anak muda yang bangkit dan sanggup untuk melakukan apa sahaja dengan melaungkan slogan Rakyat Hakim Negara. Mereka seolah-olah lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan cuba mempengaruhi keputusan yang sepatutnya diputuskan oleh mahkamah.

Saya tidak pasti apa yang dilakukan oleh anak muda ini adakah disebabkan mereka terlalu taksub kepada Anwar atau sebenarnya mereka betul-betul terkeliru dengan situasi yang sedang berlaku hari ini.

Sekiranya keputusan Mahkamah menetapkan keputusan tidak memihak kepada Anwar, sudah pasti mereka bakal mempertikaikannya dan Anwar akan tetap dijunjung sebagai pejuang sejati dan Saiful akan terus dicemuh.

Jika mereka marah dengan kekeliruan yang dihadapi, saya berharap mereka menilai semula segala keputusan Mahkamah sebelum ini bermula daripada proses pertuduhan pertama yang dikenakan terhadap Anwar selepas pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 sehinggalah selesai segala proses perundangan yang telah dilalui.

Pertuduhan kes liwat terhadap Saiful dan proses perjalanan perbicaraan begitu panjang yang diharungi. Keputusan mahkamah yang telah diadili dengan pembebasan kepada DS Anwar dalam perbicaraan sehinggalah semakan rayuan atas keputusan penghukuman di Mahkamah Rayuan.

Kepada anak muda yang terkeliru. Carilah jawapan dengan tujuan untuk mencari kebenaran dan ketepikan emosi supaya mendapat jawapan yang pasti. Kerana jawapan yang sahih dapat mengelakkan daripada segala kekeliruan dan ketaksuban yang merugikan.

Penulis : 
DATUK RIZALMAN BIN DATO' MOKHTAR
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.