Antara Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Dan Unit Amal PAS @rizalmanmokhtar @tengkuadnanreal


Saya terpanggil untuk menulis apabila membaca kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang memantau dan mungkin akan mengambil tindakan yang sama terhadap Unit Amal PAS sekiranya mereka didapati melanggar peraturan.

Suka saya tegaskan di sini agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempusatkan dahulu perkara pokok iaitu isu PPS dan banyak lagi Pertubuhan tidak berdaftar dalam usaha menegakkan undang-undang tanpa mengira batasan.

Melibatkan dan mengaitkan Unit Amal PAS dalam isu ini, saya berpendapat ianya satu kenyataan yang bersifat populis di mata ahli UMNO dan dalam masa yang  sama dilihat beremosi politik.


Saya memang tidak pernah menyokong Unit Amal PAS kerana berlainan fahaman politik tetapi mengaitkan mereka dalam isu PPS ini amatlah tidak wajar. Mengambil tindakan terhadap anggota Unit Amal PAS sekiranya mereka melakukan kesalahan secara individu sangat digalakkan tetapi bukan menghukum Unit Amal PAS secara keseluruhan.

Jabatan Unit Amal PAS pada anggapan saya samalah seperti Bridged Kesatria Muda atau Putra UMNO yang diwujudkan atas peranan tersendiri bagi membawa imej Parti untuk mendekati rakyat.


Kepada KDN dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), tindakan yang dibuat sekarang sudah memadai dan bertepatan cuma jangan terlalu ghairah melampau disebabkan tindakan ini mendapat sokongan politik pihak tertentu. Yang penting bagi saya ialah KDN dan PDRM perlu bertindak secara professional dan berdedikasi tinggi agar tiada isu lain bakal timbul di kemudian hari.


Penulis : Datuk Rizalman Bin Dato' Mokhtar - Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.