Khalid Ibrahim Diingat Jangan Aniaya Penduduk Bandar Tun Razak


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim diingatkan supaya tidak melupakan nasib penduduk kawasan parlimen ini yang telah lama ditinggalkan semenjak timbulnya kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus.

Menurut Datuk Rizalman, gesaan ini timbul apabila Khalid dilihat semakin hilang fokus mengurus kehendak rakyat di Bandar Tun Razak kerana tempoh 6 tahun yang diberikan kepadanya gagal dimanfaat sama sekali.

"Saya pasti apabila beliau berseorangan dan sebagai wakil rakyat bebas sudah tentu beliau tidak mampu untuk melakukan tugasan sebagai wakil rakyat dengan baik."

Tidak menolak kemungkinan Khalid Ibrahim bakal melepaskan kerusi Parlimen ini, Ketua UMNO Bandar Tun Razak itu menjelaskan Menteri Besar Selangor tersebut gagal untuk memberikan perkhidmatan yang baik di sini dan banyak masalah rakyat yang tidak mampu diselesaikan.

"Malah pejabat Ahli Parlimen hari ini juga dalam masa yang sama merupakan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bandar Tun Razak tertutup rapat".

Beliau berharap agar Khalid Ibrahim atau Parti Keadilan Rakyat perlu berlaku adil dan bertanggungjawab atas nasib rakyat Bandar Tun Razak.

"Jangan dianiaya dan dihukum rakyat Bandar Tun Razak atas permasalahan dan kemelut politik dalaman Parti Keadilan Rakyat".

"Saya meminta dalam apa juga keputusan yang bakal diterima atau dibuat oleh Khalid Ibrahim beliau juga perlu mengambil kira secara serius nasib rakyat Bandar Tun Razak yang secara tidak langsung telah terheret dalam isu Menteri Besar Selangor".

Datuk Rizalman mengulas demikian setelah isu pemecatan Khalid Ibrahim sebagai Ahli Parti Keadilan Rakyat menjadi tak menentu secara tidak langsung menyebabkan Parlimen Bandar Tun Razak diwakili oleh wakil rakyat bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.