Al-Fatihah : Datuk Noor Zahidi Omar Meninggal Dunia


Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada jam 5.45 pagi tadi.

Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan meninggal di Ghuangzhou, China ketika mendapat rawatan.Anak sulung Allahyarham, Megat Ikram Datuk Noor Zahidi, 32, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan jenazah akan di bawa ke kampung halamannya di Pasir Pekan, Tumpat hari ini.

Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi menang besar dengan majoriti 1,763 undi walaupun pilihan raya itu berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari Bebas.

Allahyarham menyandang Adun Pengkalan Kubor sejak 2004 berjaya mempertahankan kerusi Umno selama tiga penggal berturut-turut.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.