Apa Kata SHEB Yang Selalu Turun Padang Bantu Gelandangan @TengkuAdnanReal


Saya kongsikan bersama untuk para pembaca nukilan daripada seorang Pengarah untuk projek prihatin golongan gelandangan Kuala Lumpur iaitu sebuah NGO yang berjaya lahir daripada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, SHEB (Sekretariat Hal Ehwal Bandar).

Mungkin artikel di bawah boleh membantu kita memahami senario sebenar yang dihadapi oleh golongan gelandangan dan sukarelawan yang membantu mereka.

______________

Rupanya ramai rakyat yang begitu prihatin. Usaha kerajaan harus disambut baik untuk menangani isu Peminta Sedekah & Gelandangan, SHEB telah memperjuangkan isu ini yang pada mulanya dianggap remeh. Atas dasar Perikemanusiaan, SHEB melancarkan Program Food For Life di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur semenjak 225 minggu yang lepas

Objektif :
Mendekati, Membantu & Menyumbang

Mengapa pilih jadi Gelandangan?


Tiada siapa yang mahu menjadi gelandangan dan dari pengamatan saya mereka berasa malu apabila menerima makanan seolah mereka ini 'tiada nilai'. Gelandangan terdiri dari beberapa kategori :-

1) Gelandangan Terpaksa - Akibat ditipu majikan atau tiada arah tuju disebabkan tidak sesuai bekerja di sesuatu tempat seperti Pengawal Keselamatan yang pada asalnya menyediakan asrama. Gelandangan yang terkandas akibat kecurian dompet atau yang lari dari kampung halaman atas pelbagai sebab dan sebagainya.

2) Gelandangan Kesunyian - Warga Tua yang merasa sunyi tinggal keseorangan di rumah tanpa anak² atau keluarga.

3) Gelandangan Sakit Jiwa - Mereka yang mempunyai masalah mental atau tekanan antara nya rugi dalam bisnes, isteri berlaku curang dan sebagainya.

4) Gelandangan Tetap - Kategori ini punya pekerjaan atau sumber pencarian tetapi tidak sampai tahap kemampuan untuk mencari tempat berteduh.

Saya berpendapat objektif utama kerajaan ialah untuk menyelesaikan isu ini dan menempatkan mereka di lokasi yang bersesuaian. Usaha² ini telah lama dijalankan oleh SHEB dengan beberapa agensi seperti mencari peluang pekerjaan yang sesuai serta penglibatan dari pelbagai pihak.


Bantuan makanan dari NGO Soup Kitchen seperti Reach Out - Malaysia amatlah dipuji kerana memupuk semangat keprihatinan rakyat kepada golongan yang kurang berkemampuan. Cuma berbeza dengan SHEB yang lebih statik serta setempat. Mereka ini pergi mencari golongan tersebut sehingga ke bawah kolong kerana golongan ini memerlukan pendekatan yang lebih FRAGILE dan sentiasa bersikap dalam ketakutan.

Memberi makanan bukan semudah itu tetapi juga memerlukan 'TRUST' barulah senang untuk berinteraksi. Kebiasaannya kalau muka baru yang memberi mereka akan lari.

BAYANGKAN KALAU MEREKA KELAPARAN?
APAKAH YANG MUNGKIN TERJADI? FIKIRKANLAH!
Saya jamin isu gelandangan ini adalah isu yang sukar dibendung dalam masa yang singkat. Tidak semudah yang disangka. Penyediaan rumah transit serta talian hotline 24jam adalah salah satu caranya. Berilah satu garis panduan serta kordinasi yang jelas kepada NGO² SOUP KITCHEN yang akan memberi kebaikan serta mengelak dari berlakunya pembaziran.


ISU YANG HARUS DIBERI PERHATIAN KHUSUS adalah isu PENGEMIS TEGAR dan tiada kompromi kepada golongan ini. MEREKA INI YANG merosakkan imej negara. Tidak perlu mengemis dalam apa cara sekalipun dan kerajaan harus bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang sewajarnya jika mereka ini benar² memerlukan bantuan.

Saya rasa kerajaan pastinya bijak dan telah memahami apa implikasi dari penguatkuasaan yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Rekod² SHEB membantu gelandangan
- Membantu 2,736 orang mendapat pekerjaan.
- Mendaftarkan seramai 6,000 orang pengundi baru.
- Hampir 12,000 org awam (kawasan Masjid India) telah diperiksa kesihatanya
- Seramai 1,865 telah dihantar pulang ke tempat asal mereka.



_____________

Penulis merupakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Bintang & Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia yang lalu, YM Tengku Azman Tengku Zainal.

Untuk makluman, SHEB tanpa gagal setiap hari Selasa walaupun Hari Raya akan berkampung di Masjid India untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada golongan ini.

Mohon dikongsikan bersama artikel ini untuk lebih memberi kefahaman kepada semua pihak.

Sumber : REZQEEN HILL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.