Yammy Diberi Surat Tunjuk Sebab Bantu Kempen DAP @TengkuAdnanReal


14 hari tempoh yang diberikan oleh UMNO melalui Lembaga Disiplin UMNO kepada ibu calon DAP di Pilihanraya Teluk Intan, Yammy Samat.

Ahli UMNO Veteran itu diberikan surat tunjuk sebab kerana menjelaskan kepada UMNO mengapa beliau membantu kempen calon DAP dan beliau juga perlu memberikan sebab munasabah mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat keahlian dari UMNO.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor pihaknya menyedari calon DAP tersebut merupakan anak perempuan Yammy. Bagaimanapun Tengku Adnan menegaskan parti ini mempunyai perlembagaan yang perlu dipatuhi oleh semua ahli.

Tambah beliau, perkara ini akan dibawa ke peringkat pengurusan UMNO sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

"Majlis Tertinggi Umno kemudiannya akan memutuskan apakah tindakan yang akan diambil," menurutnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.