TAHNIAH Kontinjen Wilayah Persekutuan Juara Keseluruhan SUKMA @TengkuAdnanReal


Wilayah Persekutuan dinobat sebagai kuasa baharu sukan negara apabila muncul juara keseluruhan menerusi 55 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa, menewaskan juara empat kali, Terengganu di tempat kedua dengan 51 emas, 55 perak dan 31 gangsa.

Pada Sukma kali ini seramai 1,452 atlet pelapis mewakili negeri masing-masing dan kebanyakan mereka adalah penyumbang utama pingat emas.Daripada jumlah keseluruhan atlet pelapis yang beraksi pada Sukma kali ini, sebanyak 160 pingat emas hadir menerusi kecemerla­ngan mereka.

Malah Majlis Sukan Negara (MSN) turut mengakui jumlah rekod kebangsaan yang tercipta pada Sukma XVII meningkat berbanding temasya di Kuantan, dua tahun lalu.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, sebanyak tujuh rekod kebangsaan tercipta kali ini, mengatasi empat pada Sukma 2012.

“Ini adalah pencapaian terbaik Sukma kerana menyaksikan lebih banyak rekod dapat diperbaharui biarpun sebelum ini berhadapan pelbagai isu.

“Antara sukan yang menyaksikan rekod kebangsaan tercipta adalah dalam olahraga dan angkat berat, manakala dalam sukan-sukan lain juga ada beberapa rekod Sukma yang turut dipecahkan," katanya.

Olahraga me­nyaksikan dua rekod kebangsaan dipecah menerusi Muhammad Irfan Shamsuddin dari Negeri Sembilan dalam lempar cakera, selain Iskandar Alwi dari Johor yang memperbaiki catatan lompat bergalah.

Irfan turut dinobat sebagai Olahragawan, manakala ratu angkat berat Sarawak, Jelinie Empera muncul Olahragawati.

Turut memahat nama sebagai pemecah rekod kebangsaan adalah Constantine Clemen dari Sabah yang melakukan angkatan baharu bagi kategori 62 kilogram. Atlet Terengganu pula menyumbang tiga daripada empat rekod baharu yang dilakar dalam sukan kanu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.