Tahniah Biro Kebajikan BPUWP, Bantuan Segera Legakan Mangsa Kebakaran @TengkuAdnanReal @NajibRazak



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah istilah yang boleh diibaratkan kepada mangsa² kebakaran di Kg. Chubadak Jaya yang tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka hangus dijilat api.




Bomba yang tiba berusaha memadamkan kebakaran yang merebak begitu pantas kerana kebanyakan struktur rumah di kawasan tersebut dibina menggunakan kayu dan bahan mudah terbakar.
  


Bagaimanapun Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) memuji tindakan segera oleh Biro Kebajikan BPUWP yang segera menghulurkan sumbangan berupa barang keperluan mangsa untuk sementara waktu sebelum mendapat bantuan selanjutnya.

YB Senator Datuk Yahaya Mat Ghani, Ketua UMNO Bahagian Batu menerima sumbangan yang disampaikan oleh En Razak Muhamad, Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan mewakili Saudara Mohd Rafi Alli Hassan, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO WP untuk diserahkan kepada mangsa kebakaran Kg. Chubadak Jaya.

Penyerahan sumbangan diberikan kepada setiap ketua keluarga.


Sebanyak 24 keluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Tahniah kepada Biro Kebajikan BPUWP dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Buat ketika ini, mangsa² ditempatkan di Dewan Sentul Perdana.

Baca lagi sambungan bahagian kedua di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.