Perdana Menteri Nafi Perletakan Jawatan Timbalan Perdana Menteri #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Selepas desas desus dalam media sosial bertebaran kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bakal meletakkan jawatan dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada UMNO, tuan empunya badan semalam kembali menafikan dakwaan tersebut menerusi sidang akhbar.

Hari ini pula Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pula menafikan khabar angin tersebut melalui kenyataan akhbar yang disebarkan di laman-laman sosial lewat petang ini.

Baca di bawah.

1.  Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik"  pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai  hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri,  YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa  mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan  Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
20 Jun 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.