Pembangunan Tanah Penjara Pudu @TengkuAdnanReal


Berikut adalah key point yang dipetik dari laman Facebook rasmi Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Pengerusi UDA, YB Datuk Johari Abdul Ghani berkenaan pembangunan tanah Penjara Pudu

1. UDA memberi jaminan akan membangunkan Bukit Bintang City Centre yang bernilai RM7 Billion dengan memastikan penyertaan minimum 50% Bumiputera dalam projek pembangunan Penjara Pudu.

2. UDA akan memastikan Bumiputera menyertai fasa pembangunan Bukit Bintang City Centre termasuk pembinaan, sewaan ruang niaga, pejabat dan premis kediaman di lokasi berprestij membabitkan kawasan seluas 19.38 ekar.

3. Sebaik saja projek Mega ini siap, Bukit Bintang City Centre akan memberi peluang kepada lebih ramai usahawan Melayu dan Bumiputera untuk sama sama berniaga di Bukit Bintang yang sudah diiktiraf sebagai pusat tumpuan pelancongan negara kita.

4. UDA juga akan memberi keutamaan kepada usahawan Melayu dan Bumiputera yang mempunyai jenama sendiri untuk menyewa ruang komersial di sini, namun bagi peruncit Melayu yang masih belum mempunyai cop dagang dalam penjenamaan runcit, mereka juga akan turut diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam komponen bazar Malaysia.

5. Bukit Bintang City Centre juga bakal memiliki pusat kesenian yang setanding dengan Istana Budaya dengan menghimpunkan semua pengamal muzik, filem, teater dan kesenian dari dalam dan luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.