Nasib Mangsa² Kebakaran Kg Chubadak Dibela UMNO WP @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Kejadian kebakaran yang berlaku di Kg Chubadak, Sentul pada hari Jumaat minggu lepas telah menyebabkan lebih 20 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus terbakar. Biro Kebajikan di bawah Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan (BPUWP) pantas menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Rujuk di sini sumbangan yang disampaikan oleh Biro Kebajikan UMNO WP melalui Ketua UMNO Bahagian Batu, YB Senator Datuk Yahaya Mat Ghani.

Pembaca juga boleh merujuk Facebook rasmi Datuk Yahaya Mat Ghani untuk mengetahui & mendapatkan maklumat tambahan siapakah pihak yang terlibat dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung mangsa².

Sumbangan kilat malam selepas kejadian kebakaran
Puteri UMNO Bahagian Batu turut membantu menyampaikan keperluan harian kepada mangsa² berupa tuala mandi, selimut, berus gigi, sabun dan pelbagai lagi barangan asas.

Awal minggu ini, Biro Kebajikan UMNO WP yang diketuai oleh Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, saudara Rafi Alli Hassan telah berjaya mendapatkan persetujuan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membantu kesemua keluarga mangsa kebakaran untuk dipindahkan ke PPR Tmn Muda dan sekitarnya.



Hari Selasa lepas, satu majlis ringkas penyerahan kunci rumah disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib bersama YB Senator Datuk Yahaya Mat Ghani selaku individu yang bertanggungjawab mengetuai misi bantuan ini dan saudara Rafi Alli Hassan adalah orang di sebalik tadbir memastikan kebajikan keluarga mangsa terbela.



Pada majlis tersebut, Biro Kebajikan UMNO WP telah menyumbangkan RM500 untuk setiap keluarga, voucher RM150 untuk setiap keluarga membeli belah pakaian sumbangan Pemuda UMNO Bahagian & Kedai Pakaian Hari² dan sebuah wheelchair untuk seorang mangsa yang terjejas kesihatannya sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan.

UMNO WP mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat membantu mangsa² yang terlibat dengan kejadian ini. UMNO WP berharap usaha² pantas membela rakyat dapat diteruskan pada masa² akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.