Huru Hara Warga Kuala Lumpur Diperlakukan Oleh Kerajaan Selangor @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Semalamn Ahli Parlimen Titiwangsa memanaskan punggung kerajaan negeri Selangor dengan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan untuk Kuala Lumpur & Putrajaya mengendalikan aset air secara persendirian tanpa bergantung kepada kerajaan negeri Selangor.


Berikut soalan Datuk Johari Abdul Ghani kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Oleh kerana ini adalah salah satu daripada kegagalan kerajaan Selangor untuk menerima pakai cadangan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan untuk membina Langat Dua pada tahun 2008 - 2009.

Jadi persoalan saya adalah, dalam proses kerajaan persekutuan menstruktur semula aset aset air ini, bolehkah kerajaan persekutuan memikirkan supaya Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ini mengendalikan air mereka secara sendiri termasuklah aset aset yang hendak di strukturkan, disimpan oleh Wilayah dan Putrajaya supaya kita boleh mengendalikan air kita sendiri.

Ini kerana kita sudah tidak boleh bergantung dengan kerajaan negeri Selangor yang telah menghuru harakan penduduk Kuala Lumpur selama tiga tahun setengah tentang isu air ini.


Like FB beliau - Datuk Johari Abdul Ghani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.