Lebuhraya Baru Di #KualaLumpur Mudahkan Lebih 40,000 Pengguna #1Malaysia @NajibRazak @Rosnah_ARS @TengkuAdnanReal


Pengguna di laluan Sambungan Le­buh Raya Sungai Besi (BEE) di sini yang dibuka secara percuma sejak bulan lalu mula dikenakan bayaran tol mulai tengah malam tadi.

Ketua Pegawai Operasi Besraya (M) Sdn. Bhd., Wan Salwani Wan Yusoff berkata, kadar tol telah diputuskan oleh Lembaga Le­buhraya Malaysia (LLM) selepas mengambil kira pelbagai aspek daripada pembinaaan lebuh raya itu.
“"Kadar yang ditentukan itu selepas melihat penjimatan bahan api serta tempoh perjalanan yang dapat disingkatkan dengan penggunaan laluan ini," katanya ketika memberi taklimat kepada pihak media berhubung lebuh raya berkenaan di Plaza Tol Loke Yew di sini, hari ini.

Laluan sejauh 12.3 kilometer itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada bulan lalu.

Sementara itu, Wan Salwani menyasarkan sebanyak 40,000 kenderaan akan menggunakan plaza tol terbabit setiap hari sekali gus menjadi salah satu laluan alternatif kepada pengguna jalan raya di ibu negara.

“Sepanjang tempoh plaza tol ini dibuka secara percuma kepada pengguna, kira-kira 30,000 hingga 50,000 kenderaan menggunakan laluan ini.

“Kita dapati sebanyak 70 peratus kenderaan yang memasuki plaza tol ini datang dari arah timur iaitu kawasan Pandan untuk ke selatan atau Jalan Istana ketika waktu puncak (pagi) dan begitu juga sebaliknya pada waktu petang," katanya.

Menurutnya lagi, laluan itu boleh memendekkan jarak perjalanan dari Jalan Istana ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari 20 kilometer kepada 10 kilometer atau 45 minit kepada 10 minit perjalanan pada waktu puncak.

“Ada pengguna memberitahu kami bahawa mereka mengambil masa hanya 5 minit untuk ke kawasan Pandan dari Jalan Istana pada waktu puncak dan ia perkembangan yang positif," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.