#BonekaDAP : Dyana Jual Maruah Melayu Di Teluk Intan - Syed Ali #1Malaysia


Pencalonan Dyana Sofya Mohd. Daud sebabagi calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Perak pada 31 Mei ini merupakan strategi halus parti itu untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, DAP mengambil kesempatan mencalonkan Dyana bagi menunjukkan parti itu mengamalkan konsep berbilang kaum sedangkan pada hakikatnya masih tebal dengan dasar perkauman."DAP cuba untuk menutup mata orang Melayu kononnya mereka bersikap terbuka, tetapi realitinya DAP merupakan parti politik rasis yang hanya memperalatkan Melayu untuk kepentingan mereka," tegasnya.

Beliau menyifatkan Dyana sebagai anak muda yang sanggup menjual maruah Melayu kerana dirasuk oleh agenda politk pembangkang.

Beliau juga kesal kerana Dyana sanggup mengkhianati aspirasi perjuangan bangsanya sendiri kerana terpedaya dengan hasutan dan momokan poltkk DAP.

Katanya, Dyana sepatutnya sedar bahawa kawasan Parlimen Teluk Intan merupakan majoriti pengundi Cina dan tidak membiarkan maruah dirinya 'dijual beli' oleh DAP.

"Secara peribadi, saya berasa amat kecewa kerana masih ada anak muda Melayu yang tergamak membiarkan dirinya menjadi perkakas kepada DAP, " tegasnya.
Menurut Syed Ali, kecenderungan DAP sengaja meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina juga merupakan cabaran besar kepada orang Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya pemimpin UMNO dan PAS 'duduk semeja' untuk merintis jalan perpaduan.

"Kedua-dua parti politik terbesar yang mewakili majoriti orang Melayu itu perlu mencari alternatif untuk memperkukuhkan perjuangan orang Melayu," tegasnya.

Beliau berharap pemimpin UMNO dan PAS membuang segala kepentingan dan soal remeh-temeh bagi menjamin kuasa politik orang Melayu tidak terhakis.

"Saya bimbang, jika orang Melayu sudah kehilangan kuasa politik, ianya akan berlaku seperti di negara jiran di mana orang Melayu sudah tidak boleh lagi bersuara dan menuntut hak mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyelar sikap Dyana yang dilihat begitu sombong untuk menentang mana-mana rang undang-undang yang membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

"Sebagai seorang Islam, sepatutnya dia tidak mengeluarkan kenyatan seperti itu, walaupun menolak (hudud) tetapi seeloknya tidak perlu membuat satu ketetapan (ikrar)," katanya.

Dyana yang juga seorang peguam muda seperti dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang hari ini berikrar untuk menentang cadangan pelaksanaan hukum hudud dan akan berpegang kepada ikrar tesrebut jika terpilih sebagai wakil rakyat Teluk Intan.

Tambah Syed Ali lagi, ikrar yang dibuat oleh Dyana itu seperti cuba untuk mengemis sokongan pengundi Cina dan dalam masa yang sama tergamak melukai hati umat Islam.

"Ikrar Dyana untuk menentang pelaksanaan hukum hudud mungkin menerima tepukan daripada pengundi Cina walaupun amat pahit kepada orang Islam," ujarnya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan turut mendesa ibu kepada Dyana, Yammy Samat supaya menasihati anaknya itu agar tidak menjual maruah bangsanya hanya kerana kepentingan politik DAP.

"Sebagai seorang ibu, sepatutnya menunjukkan jalan yang betul kepada seorang anak, bukannya merelakan anaknya mengikut telunjuk DAP, parti rasis yang sememangnya tidak pernah berasa senang hati dengan kedudukan orang Melayu di negara ini," tegasnya lagi.

"Saya difahamkam Yammy masih ahli UMNO, jika betul, maka keahliannya sebagai ahli parti perlu dilucutkan serta-merta.

Proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Teluk Intan pada pagi ini (Isnin) menyaksikan pertarungan antara Dyana,27, yang juga bekas setiausaha Politik Lim Kit Siang dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar akan mengundi pada PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.