670 Perwakilan Veteran #UMNO Akan Hadir Persidangan 10 Mei 2014 #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Persidangan Agung Veteran Umno Ke-6 pada 10 Mei depan adalah yang pertama diadakan secara rasmi dan dijadual disempurnakan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Ya’akub berkata, persidangan bakal berlangsung di Grand Ballroom Hotel Regency Kuala Lumpur dan disertai 670 perwakilan dari seluruh negara.

“Seramai 670 perwakilan bakal hadir di mana 470 daripadanya merupakan perwakilan dari 89 bahagian seluruh negara dan 200 ahli veteran Umno dari 10 negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Beliau berkata, persidangan akan disertai veteran-veteran Umno seperti termasuk dua bekas perdana menteri, bekas menteri-menteri dan anggota majlis tertinggi.

Katanya, pada persidangan itu juga timbalan pengerusi Datuk Mohamad Zaid Sirat akan dicabar Datuk Jaafar Hamzah dan Datuk Noordin Yaani.Tan Sri Mohamad Tajul Rosli Mohamad Ghazali memenangi jawatan Pengerusi tanpa bertanding setelah Tan Sri Tajudin Ali melepaskan jawatan kerana uzur.

Dalam masa yang sama Tuan Rumah bagi persidangan kali ini adalah Veteran UMNO Wilayah Persekutuan telah menerima kedatangan Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bukit Bintang yang telah menghulurkan tangan dan bantuan bagi melanncarkan proses Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei akan datang,


Majlis simbolik penyerahan MOU bantuan telah diadakan pada sidang media tersebut,menurut ketua Puteri Setiawangsa Pn Noraini Zulkafli, pihak beliau akan memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi buat Persidangan Agung Veteran UMNO Ke 6 pada 10 Mei depan kata beliau "Veteran tidak harus di lupakan kerana tanpa perjuangan dan keringat Veteran, UMNO tidak akan mampu meneruskan perjuangan dalam mempertahankan Agama, Bangsa Dan Negara".

Sepertimana yang di maklumkan Wanita UMNO Bukit Bintang juga tidak terkecuali menghulur bantuan bagi melancarkan perjalanan Persidangan Agung Veteran UMNO Malaysia ke 6,


Menurut Puan Fadzillah Abd Aziz Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang "mereka sentiasa menyokong kepimpinan Veteran UMNO Wilayah Persekutuan dan Veteran UMNO Malaysia dari awal penubuhannya lagi".

Beliau berharap agar dengan bantuan yang di hulurkan oleh Puteri UMNO Setiawangsa dan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang akan lebih membuka hati dan nurani lain-lain sayap dalam UMNO turut membantu bagi menghargai jasa dan pengorbanan Veteran UMNO Malaysia.

Sumber : Veteran UMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.