Pertandingan Merebut Jawatan Presiden PKR Memperbodohkan Rakyat - Syed Ali @syalialhabshee @TengkuAdnanReal #1Malaysia


Pertandingan ‘laki-bini’ antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya sandiwara untuk memperbodohkan rakyat.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, adalah tidak masuk akal ‘laki bini’ yang tinggal serumah berebut jawatan yang sama.

“Hanya mereka yang kurang siuman akan bebuat demikian. Apatah lagi membabitkan laki bini, ini tidak masuk akal,” tegasnya.

Beliau mendakwa provokasi Anwar akan menentang Wan Azizah bagi jawatan Presiden PKR sekadar wayang untuk memperbodohkan rakyat.

“Itu bukan amalan demokrasi namanya seperti didakwa pemimpin PKR, sebaliknya sandiwara memperbodohkan rakyat,” ujarnya.

Anwar katanya, sengaja berbuat demikian untuk memberitahu rakyat kononnya beliau dihalang aktif berpolitik berikutan keputusan liwat 2 oleh Mahkamah Rayuan, baru-baru-baru ini. Anwar kini sedang merayu hukuman penjara lima tahunnya di Mahkamah Persekutuan.

Di bawah Seksyen 9a(1)(b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang pemegang jawatan tidak boleh memegang jawatan atau mengekalkan jawatan dalam pertubuhan berdaftar jika sabit kesalahan dan didenda tidak kurang RM2,000 atau dipenjara untuk tempoh tidak kurang daripada setahun.

Sehubungan itu kata Syed Ali, adalah tidak masuk akal apabila Anwar sengaja menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR.

“Mustahil Anwar tidak faham (undang-undang), beliau berbuat demikian supaya timbul tomohan kononnya UMNO sengaja menghalang beliau daripada memegang jawatan tertinggi dalam parti itu,” katanya.

Beliau berharap rakyat akan lebih memahami permainan politik Anwar yang sememangnya bercita-cita untuk menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun tambah Syed Ali, Wan Azziah tetap akan menjadi Presiden boneka PKR seandaianya beliau masih lagi diberikan mandat untuk menerajui parti itu.

“PKR adalah parti anak beranak Anwar sepertimana DAP, jadi antara laki bini itu semuanya ada agenda dan kepentingan yang sama. Jika Wan Azizah kekal (presiden), beliau tetap sekadar boneka dan semuanya dibawah telunjuk Anwar".

Sabtu lalu, Wan Azizah dalam satu kenyataannya mengesahkan yang beliau bertanding sebagai satu bentuk ‘insuran’ jika suaminya dihalang daripada bertanding.

“Kini tidak mustahil akan ada percubaan dari pihak UMNO-BN untuk sekali lagi menafikan hak demokratik saudara Anwar untuk bertanding dan memegang jawatan Presiden PKR secara sah,” kata Wan Azizah.

Semalam, Anwar mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden PKR apabila borang pencalonannya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.