Lagi Fitnah Kurang Bijak Dari Pembangkang Terhadap @NajibRazak


Kadang-kadang untuk melafazkan satu perkataan BODOH kepada macai PR hanya memerlukan masa kurang dari 3 saat.

Merujuk saja gambar di bawah, tentu sekali banyak macai yang beranggapan hidangan air yang berwarna ungu gelap itu adalah wine / arak.

Tetapi bagi macai UMNO & Barisan Nasional yang jauh lebih educated serta bijak menilai sesuatu perkara sepertibsaya dan sahabat-sahabat blogger pro kerajaan yang lain, tentunya kita tahu bahawa air tersebut bukanlah minuman yang memabukkan.

Rasionalnya :

1. Takkan dalam mesyuarat antara kedua-dua negara ini, air arak dihidangkan. Tak ker kalau Obama mabuk teruk, banyaklah benda-benda mengarut dia bebelkan dalam mesyuarat tersebut.

2. Sepanjang pengetahuan saya, wine / arak tidak diisi yang banyak dalam sesuatu bekas minuman. Kalau diminum dengan jumlah yang banyak nescaya seseorang itu akan mabuk kepayang sehingga lebih 3 4 jam. Confirm sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut akan jadi haru biru bila 2 pemimpin negara mabuk teruk atas pentas.

Walaupun gambar tersebut hanya memaparkan Teka Dan Menang, air jenis apa yang dihidangkan tu. Tapi sebenarnya ia membawa maksud kononnya terdapat unsur-unsur tidak sihat dalam pertemuan tersebut.


* gambar pun lain daripada gambar sebenarnya kan. Memang kaki spin macai Pembangkang ni.

P/s : apa maksud TF dalam gambar tersebut? Tun Faisal yang merupakan bekas Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam gerak kerja 'black ops' gambar yang tertera huruf TF ni. Takkan lah bodoh sangat Tun Faisal nak bubuh singkatan nama beliau kat setiap gambar kerja jahat ni.

Sumber : RH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.