Azmin Mengadu Pada Deligasi Australia, Walhal Australia Pun Amalkan #GST #1Malaysia @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari membidas pemimpin pembangkang yang kerap memutar belitkan fakta untuk mengelirukan rakyat berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Menurut beliau, Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli dan juga ahli parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Phua cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengemukakan fakta yang salah berkenaan negara-negara yang mengamalkan GST.

Fauzi menjelaskan, negara-negara contoh yang disebutkan oleh pemimpin pembangkang seperti Canada dan Australia tidak pernah menolak GST malah sesetengah pemimpin di negara tersebut kalah di dalam pilihan raya bukanlah berpunca pelaksanaan sistem percukaian ini.
“Negara-negara yang disebutkan oleh Rafizi dan Tony Pua sehingga sekarang masih melaksanakan GST, Hong Kong pula bukanlah seperti yang disebutkan oleh Rafizi yang mana didakwa wilayah itu menolak GST selepas melaksanakan cukai itu. Di Hong Kong, pihak pentadbiran wilayah itu cuma menjalani proses konsultasi dan kemudian menghentikan proses tersebut pada 5 Disember 2006 tanpa melaksanakan cukai itu,” ujarnya.

“Kalau di Kanada, macam dinyatakan Tony Pua, beliau memaklumkan kepada Dewan Rakyat Parti Progressive Conservative yang dipimpin Brian Mulroney tumbang apabila mereka memperkenalkan GST, sedangkan GST bukanlah sebab utama mereka kalah dalam pilihanraya lalu,” jelas beliau.

Jelasnya, mereka kalah sebab ada kombinasi masalah ekonomi Kanada yang semasa itu merudum, pertelingkahan di dalam pakatan politik, dan juga masalah Quebec yang menyebabkan rakyat Canada menolak pimpinan mereka.

Fauzi yang membahaskan Rang Undang-Undang GST di Dewan Rakyat mengemukakan hujah-hujah tersebut bagi membuktikan Rafizi dan Pua sengaja mengelirukan rakyat negara ini dengan fakta yang tidak betul mengenai GST.

Beliau peraya tindakan pemimpin pembangkang bertujuan mendesak rakyat menolak pelaksanaan sistem cukai yang bakal menggantikan sistem sedia ada bermula April tahun depan.

Jelasnya lagi, sistem percukaian ini jelas tidak membebankan rakyat dan bakal membantu pertumbuhan ekonomi negara memandangkan 160 buah negara yang mengamalkan GST tidak pernah memansuhkan cukai setelah mengamalkannya termasuklah Australia.

“Kerajaan selepas John Howard, Kevin Michael Rudd, Julia Eileen Gillard dan perdana menteri Australia sekarang Anthony John Abbot tidak seorang pun mengusik GST malah meneruskannya,” tegasnya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa Barisan Nasional mempunyai pendirian yang teguh berhubung perkara ini dan tidak mengambil pendekatan untuk membohongi rakyat berhubung pelaksanaanya.

“Semoga rakyat tidak tertipu lagi dakyah pembangkang dengan menakut-nakutkan rakyat dengan bebanan yang akan ditanggung oleh rakyat sekirnaya GST ini dilaksanakan.

“Kerana sebenarnya yang lebih takut kepada kejayaan pelaksanaan GST ini adalah pembangkang sendiri kerana dengan kejayaan GST kerajaan akan mempunyai lebih dana untuk melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan membantu secara terus kepada kumpulan-kumpulan bersasar seperti BR1M dan lain-lain,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.