Anugerah Pelajar Cemerlang 2014 - Pemuda #UMNO #WilayahPersekutuan @NajibRazak @TengkuAdnanReal @razlanrafii


KENYATAAN AKHBAR KETUA PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN

Assalamualaikum W.B.T

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tahun ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan menganugerahkan seramai 500 anak-anak Wilayah Persekutuan yang telah mendapat keputusan cemerlang untuk tahun ini.

 

Para penerima Anugerah akan menerima Sijil penghargaan dan juga Sijil Simpanan Primium BSN. SSP sebanyak RM100 untuk UPSR, RM150 untuk PMR, RM200 untuk SPM dan RM250 untuk STPM.

Program ini akan dijadikan program Tahunan bagi Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan. Program ini adalah sebagai perghormatan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam menimba ilmu untuk pembangunan dan kecermelangan Negara. Sebagai aset Negara pada masa hadapan, anak-anak ini harus memberi tunjuk ajar dan penghargaan kepada mereka.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah untuk tahun ini, sesungguhnya kejayaan yang di capai oleh adik-adik adalah satu kejayaan yang cukup manis.

Adik-adik harus merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa atau penjaga tanda bersyukur adik-adik kepada pengorbanan yang telah di curahkan kepada adik-adik sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Ucapan terima kasih juga harus di berikan kepada Para pendidik, guru-guru yang telah bertungkus lumus bekerja bagi memastikan adik-adik mencapai kepusan cemerlang.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Program telah disempurnakan oleh YBM Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.