5 Juta Pengundi Muda Menjelang PRU14 #1Malaysia @KhairyKj


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggarkan lima juta pengundi muda bakal mengundi buat kali pertama pada PRU14.

Katanya, sangat penting bagi pemimpin Umno semua peringkat mendekati mereka.

“Pada PRU 2008 terdapat 600,000 pengundi muda dan pada PRU13 ia meningkat kepada tiga juta orang. Pada PRU akan datang unjuran kita akan ada lima juta pengundi muda yang mengundi buat kali pertama.

“Kita kena tengok peningkatan dalam tempoh tiga tahun akan datang sebab lima juta satu jumlah begitu besar. Pertamanya kita kena pastikan mereka ini didaftar sebagai pengundi dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum; Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain.
“Bila kita sudah kenal pasti pengundi baru ini barulah kita mendekati mereka dengan program-program,” katanya selepas merasmikan kelompok persidangan tahunan cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri
Umno Bahagian Kota Melaka di Dewan Hang Tuah, di sini, kelmarin.

Khairy juga Menteri Belia dan Sukan berkata, PRU14 merupakan cabaran paling getir buat Umno dan BN.

Jelasnya, ia akan membabitkan pertaruhan besar bukan sahaja soal politik dan kuasa tetapi juga maruah bangsa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.