Tweet Biadap Dari Anak Melayu Yang Tak Kenang Pengorbanan Perajurit #1Malaysia


Semua salahkan UMNO , tak pun blogger UMNO ...itu sahajalah hujah longkang pemimpin PKR yang kini digunapakai Dr Afir Bahardin , Adun PKR Seberang Jaya . 

Jangan ingat rakyat bodoh & tak memahami tweet anda . Apabila anda menyatakan tweet itu tidak merujuk kepada sesiapa adalah jawapan dangkal . 

Di ketika semua rakyat terkejut dengan terkorban seorang anggota Polis ketika menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam , beliau telah tweet kenyataan cukup biadap " Penjenayah Bunuh Polis itu tidak menghairankan " .

Malah Timbalan KPN turut menyelar kenyataan Adun PKR ini jelas tidak berperikemanusiaan . 

Tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai penjenayah dan polis disifatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dr Afif memuat naik status Facebooknya sebagai "penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..."

"Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat," ujar Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Balai Polis Tabuan Jaya di sini, pada Khamis.


Sewajarnya beliau memohon maaf dalam kenyataan medianya tetapi tidak dilakukan sebaliknya menyalahkan ia salah UMNO dengan angkuh & seperti tak rasa bersalah !!