Tengku Adnan Bidas Anwar Ibrahim #1Malaysia #PrayForMH370 @TengkuAdnanReal


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam. Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan. Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.

"Dia (Anwar) tak faham...dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya", kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut. - Bernama