Lelaki Disyaki Kurang Siuman Selerakkan AlQuran


Lelaki yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kejadian membaling Al-Quran di sebuah masjid di Besut, Terengganu dipercayai menghidap penyakit mental.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata suspek yang mengalami masalah mental itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut.“Diharapkan dengan tertangkapnya suspek ini, segala spekulasi mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan oleh golongan daripada kaum tertentu yang mempunyai niat tertentu dapat dihentikan kerana ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman,” tegasnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu, sejumlah al-Quran dan kitab suci dimusnah dan dikoyakkan selain turut dibuang ke dalam mangkuk tandas, manakala sejumlah naskhah surah Yassin pula dibuang ke dalam kolah di luar masjid.

Kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam di Masjid Nasiruddin Shah di Kampung Raja, manakala kejadian di Masjid Limbongan kira-kira pukul 1.30 pagi dan ia dipercayai dilakukan suspek yang sama.

Sumber : RakyatNews