Doa Wan Azizah Hanya Untuk Anwar, Bukan Untuk Penduduk #Kajang #PRKKajang #1Malaysia - @syalialhabshee @TengkuAdnanReal


Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, gambar Presiden boneka PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sedang berdoa sekadar untuk kepentingan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa gambar berkenaan cuba mengajak pengundi DUN Kajang supaya bersimpati dengan nasib Anwar yang didapati bersalah kerana meliwat.

“Gambar beliau berdoa itu sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan pengundi DUN Kajang, “ tegasnya.Tambah beliau, gambar Wan Azizah sedang berdoa itu juga sekadar gimik menagih simpati rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini.

“Jika diamati, gambar Wan AziZah berdoa itu bukan untuk kesejahteraan pengundi di DUN Kajang, tetapi demi kepentingan suaminya,” tegas beliau.

Katanya lagi, Wan Azizah mengemis simpati kononnya Anwar tidak bersalah dalam perbicaraan kes liwat 2.

Bagaimanapun beliau yakin pengundi DUN Kajang tidak mudah terpedaya dengan telatah Wan Azizah.

Beliau juga mendakwa perjuangan PKR hanya untuk kepentingan politik Anwar yang mendapat belas ehsan daripada DAP, parti rasis yang sentiasa mencurigai kepentingan orang Melayu.

Katanya, PKR juga hanya sebagai jambatan kepada Anwar untuk memegang tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri bagi membalas dendam politiknya terhadap pemimpin UMNO.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, impian Anwar tidak akan kesampaian kerana rakyat khususnya orang Melayu menolak pemimpin yang terjebak dengan masalah moral yang menjijikkan.

“Apatah lagi menyokong gerakan lesbian dan budaya seks songsang, yang jelas amat bertentangan dengan syariat Islam,” tegasnya.

PKR jelas beliau, tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai teras utama perjuangan mereka.


“Rakyat bagi mereka sekadar alat untuk diperbodoh-bodohkan dengan pelbagai isu dan provokasi.

Oleh sebab itu kata beliau, rakyat sengaja diheret dalam beberapa perhimpunan haram yang didalangi Anwar.
“Anwar menyalakan api kebencian, mengajak rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih rakyat secara sah,” ujarnya.

Malah ujar beliau, Anwar sanggup memperbodohkan rakyat kononnya kerajaan tidak cekap mengurus isu kehilangan pesawat MH370.

“Anwar kata dia lebih cekap, ini semua cerita kartun yang cuba dibawa pembangkang,” katanya.

Katanya, provokasi tersebut sebagai usaha mencetuskan rasa ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.