3 Resolusi Dipersetujui Dari Konvensyen Hala Tuju Melayu BTR @NajibRazak @TengkuAdnanReal #UMNO #1Malaysia


Melayu hari ini semakin hari kian tercabar bukan saja daripada sudut agama Islam yang diperlakukan dengan pelbagai tindakan eksploitasi terancang bahkan Melayu hari ini semakin terdesak untuk terus hidup di celah-celah pembangunan ekonomi negara yang sudah terbendung kepesatannya.

Kadar miskin bandar kehidupan di kota bertaraf World Class City ini semakin meningkat dengan angka yang mewakili bangsa Melayu juga mengejutkan banyak pihak. Tak perlu nak hurai panjang tetapi perkataan yang paling terbaik untuk dipadankan dengan Melayu bandar hari ini ialah Melayu semakin terancam.

Atas rasa tanggungjawab bersama, julung kali diadakan Konvensyen Hala Tuju Melayu Bandar Tun Razak telah dianjurkan dengan satu matlamat dan objektif yang sama iaitu mencari resolusi yang boleh digunapakai bagi mewujudkan keseimbangan kehidupan Melayu di bandar.


Hampir 400 orang Melayu yang merupakan ahli UMNO, wakil Persatuan Penduduk, NGO serta persatuan-persatuan berteraskan Melayu di Bandar Tun Razak berhimpun bagi mencari kata sepakat ke arah membantu nasib orang Melayu di sini.

7 orang pembentang kertas kerja yang merangkumi pendidikan, perumahan & pembangunan, sosio ekonomi dan ancaman kepada Islam telah menyampaikan hujah untuk dianalisis dan diambil perhatian wajar oleh penganjur yakni UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Konvensyen yang dirasmikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan telah berlangsung lebih dari 4 jam.


Di dalam ucapan penggulungan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Rizalman Mokhtar berkata perjalanan konvensyen ini berlangsung dengan baik dan diyakini segala yang diperbincangkan merupakan perkara-perkara yang perlu diambil serius dan tidak boleh dipandang enteng semata-mata hanya memenuhi slot ucapan pembentangan saja

Hasilnya, 3 resolusi yang dipersetujui daripada konvensyen ini ;

1. Mewujudkan Majlis Permuafakatan Masjid & Surau di Parlimen ini.
2. Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Perumahan & Pembangunan.
3. Mengadakan Majlis Perundingan NGO Melayu Bandar Tun Razak.


Ketiga-tiga resolusi ini diyakini sebagai permulaan yang baik untuk membantu menyeimbangi kehidupan Melayu khususnya di Bandar Tun Razak. Jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi menfokus keberhasilan resolusi yang dipersetujui bersama.

Dalam masa yang sama, kertas-kertas kerja lain akan diperhalusi secara teliti dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Terbaik Konvensyen Hala Tuju Melayu Bandar Tun Razak 2014 !!'

Sumber : REZQEEN HILL