Unit Amal PAS Lindungi Teresa Kok? PAS Semakin Teruk Tersesat


Nampaknya dalam semua parti yang bersumpah setia untuk bersama dalam Pakatan Rakyat , hanya PAS sahaja yang benar-benar telah berkorban jiwa dan raga demi sebuah perjuangan untuk menuju Putrajaya.Berselindung di sebalik ketokohan agama dan ketrampilan umpama sheikh-sheikh di Timur Tengah menjadi modus operandi mereka selama ini dalam menyesatkan rakyat khususnya orang-orang Melayu.

Tidak dapat di pastikan sejauh mana langkahan itu mampu di gerakkan namun kesan daripada sikap keterbukaan PAS yang di lihat sedang berubah daripada sebuah parti ortodoks menjadi parti yang bercampur-campur fahamannya meletakkan PAS kini ibarat sekumpulan manusia MUNAFIK !

Entah mengapa sejak akhir-akhir ini mereka di lihat terlalu ekstrem memberikan sokongan kepada apa sahaja perancangan daripada PKR dan DAP.Seolah-olah persahabatan itu sudah terjalin lama sedangkan dulunya mereka bersaing sesama mereka.Telah banyak kejadian demi kejadian yang memperlihatkan bagaimana PAS sebenarnya tidak mampu menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat apatah lagi menjadi peneraju.

Mengambil satu contoh berkenaan isu tuntutan kalimah Allah oleh bukan Islam.Cukup menghairankan apabila PAS di lihat GAGAL untuk bertindak apatah lagi menyatakan pendiriannya berhubung insiden tersebut.

Paling menyedihkan kepimpinan mereka sendiri yang sebenarnya menjadi penyokong kepada gerakan tersebut.Malah PAS di lihat begitu takut dengan bayang-bayang pemimpin DAP seolah-olah mereka berdepan dengan malaikat MAUT !!

PAS sebenarnya sering bermain politik sehinggakan setiap kenyataan daripada mana-mana pimpinannya akan di anggap sebagai pandangan peribadi dan ianya sering kali di ungkapan oleh Mat Sabu selaku Timbalan Presiden.

Maka tidak mustahillah kenyataan Datuk Harun Din berkenaan kalimah Allah di pandang sepi malah seluurh jentera PAS di kira menolak pendirian pemimpin yang di angkat sebagai ulama itu.

Kini PAS sekali lagi di jahanamkan oleh Timbalan Presiden parti sendiri apabila Mat Sabu telah bersetuju supaya Unit Amal PAS bertindak sebagai pasukan keselamatan Teresa Kok.Gesaan ini juga sebenarnya di persetujui oleh Lim Guan Eng apabila mengaitkannya dengan perpaduan sesama bangsa melalui Unit Amal PAS mengawal Teresa Kok seorang pemimpin cina.


Banyak pihak sebenarnya sudah mengenali siapa Mat Sabu yang di angkat oleh perwakilan PAS menjadi orang nombor dua dalam parti. Beliau sememangnya punya hubungan yang cukup istimewa dengan sahabat-sahabat dalam DAP khususnya Lim Guan Eng.Malah sehingga kini Mat Sabu adalah CEO dalam PBA di Pulau Pinang.

Sesuatu yang cukup aneh apabila Mat Sabu sebelum ini langsung tidak terlibat dalam politik di Pulau Pinang melainkan baru-baru ini sahaja beliau di lantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri oleh pucuk pimpinan.

Itu pun setelah berlaku kemelut di antara jentera PAS negeri dengan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan sudah semestinya sikap arrogant Guan Eng seperti mana yang pernah di nyatakan oleh Mansor Othman sebelum ini menjadi sebab mengapa Mat Sabu kini menjadi Pesuruhjaya PAS negeri.

Namun yang lebih menghairankan di saat Nasrudin Hassan Tantawi lantang mempertikaikan tindakan perletakan jawatan ADUN Kajang oleh wakil PKR bagi memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim , seluruh jentera PAS lainnya sunyi sepi malah langsung tidak bersuara.Tidak ada sebarang kenyataan malahan tindakan untuk memberikan sokongan kepada Nasrudin di Kajang.

Begitu juga yang berlaku dalam insiden Teresa Kok , apabila Unit Amal PAS di berikan arahan supaya mengawal keselamatan Teresa kerana sikap dan tindakan biadapnya menghina kepimpinan negara tidak ada seorang pun pemimpin PAS lainnya bersuara untuk membantah.

Sikap berdiam diri Unit Amal PAS juga menunjukkan betapa mereka bersetuju dengan arahan daripada pucuk pimpinan untuk menjadi pasukan pengawal kepada seorang pemimpin cauvinis yang telah menghina dan menyindir kepimpinan negara yang sebangsa dengan seluruh Unit Amal PAS !

Jadi tak perlu melentinglah kalau di luar sana semakin banyak pihak yang mengatakan PAS kini semakin MUNAFIK !!


Sumber : UtaraNews