Kenyataan Media : Pemuda UMNO WP Kecam Video Chinese New Year Teresa Kok


1 Februari 2014
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Video Singkat Tahun Baru Cina Oleh MP Teresa Kok.

Sebagai rakyat malaysia, kita sudah dibiasakan menjalani kehidupan sebagai rakyat majmuk yang cintakan keamanan. setiap kita akan terasa harmoni untuk meraikan rakan-rakan kita dalam sambutan perayaan bangsa masing-masing.

Apabila sambutan perayaan di negara kita, kita akan sambut dengan elemen berbilang kaum dengan semangat perpaduan, semangat keceriaan dan semangat persaudaraan sebagai rakyat malaysia.

Namun apa yang di tayangkan oleh video singkat Teresa Kok yang membayangkan watak pemimpin Melayu negara dan menghina dengan sinis, ini adalah tindakan yang amat jijik dan tidak mencerminkan seorang rakyat malaysia yang sayangkan keamanan. lebih-lebih lagi ianya di lakonkan oleh seorang Ahli Parlimen DAP yang sepatutnya sebagai seorang pemimpin tidak kira dari parti mana pun, apabila sampai hari perayaan elemen positif harus di ketengahkan.

Video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang memaparkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim selaku moderator dengan tiga orang tetamu undangan dilihat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak apatah lagi ketika masyarakat berbilang kaum bersama-sama bergembira menyambut perayaan kaum Cina.

Video berdurasi hampir 12 minit yang disiarkan di YouTube itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Sehubungan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil pendirian tegas dengan mengutuk keras tindakan Teresa itu yang bersama-sama tiga tetamu itu dilihat cuba menanam benih kebencian terhadap kerajaan dengan pelbagai tuduhan.

Video Teresa Kok itu jelas menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam ucapan video Tahan Baru Cina itu juga dibimbangi boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat terutama orang Melayu.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, ada video ucapan tahun Baru Cina yang disampaikan sebegitu rupa khususnya Ahli Parlimen berbangsa Cina.

Kami juga berpandangan bahawa video itu jelas mengambarkan sifat sebenar Teresa Kok yang cuba menanam sikap perkauman dan juga menolak perpaduan antara kaum di Malaysia.

Kami menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Teresa Kok di bawah Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu jelas nahu menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan melalui kenyataan-kenyataan menghina serta menghasut kaum itu membenci kerajaan.

Teresa Kok perlu untuk diberikan pengajaran diatas kebiadapanya ini bagi memastikan benih-benih kebencian yang terus disebarkan itu tidak menular dalam masyarakat negara yang berbilang kaum.

Kami yakin rakyat Malaysia juga mahu terus menikmati hidup dalam keadaan aman tanpa gangguan dari manusia seperti Teresa Kok.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan