Adenan Satem Bakal Ketua Menteri Sarawak Menggantikan Taib Mahmud


Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem dipilih oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menggantikannya sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan dan nama Adenan sebagai calon pengganti kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam pertemuan di Astana Negeri hari ini."Saya akan meletak jawatan pada 28 Februari dan Adenan akan mengangkat sumpah pada hari yang sama.

"Peletakan jawatan saya dan Adenan sebagai Ketua Menteri baharu berkuat kuasa 1 Mac depan," katanya dalam sidang akhbar di Astana Negeri di sini hari ini.