Rampas Bible: Cubaan Bangkit Sentimen Benci Di Kalangan Orang Iban #1Malaysia


SOAL pokok kenapa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dari bangunan Persatuan Bible Malaysia semalam ialah kerana ia mengandungi kalimah Allah yang tidak dibenarkan di negeri tersebut.

Itu isunya.

Soal ada di antara Bible itu berbahasa Iban atau tidak, kenapa itu pulak yang dikecohkan? Waima berbahasa Iban sekalipun, kalau mengandungi kalimah Allah, ia tidak boleh diedarkan di Selangor, kalau Sarawak itu lain.Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dah bertitah bahawa negeri itu melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain, faham macam itu dahlah. Apa nak dikaitkan dengan Iban atau tidak?

Berapa ramai orang Iban di Selangor yang kita cakapkan ni?

Jadi tindakan portal berita dan blog-blog pembangkang mengaitkan rampasan kitab bible berbahasa Iban dalam serbuan tersebut, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengalih perhatian orang Islam dari penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam yang berlaku secara berleluasa di negeri tersebut.

Buktinya, takkanlah Bible bahasa Melayu, orang cina pulak nak baca, atau orang India, dah tentulah tujuan diedarkan tu untuk orang Melayu baca.

Perkara itu bersalahan dengan Perlembagaan Malaysia (Perkara 11) berkenaan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam dan Enakmen berkaitan perkara sama dalam undang-undang Syariah Selangor 1988.

Orang baru duduk Malaysia pun tahu agama lain tidak boleh kacau orang Islam.

Asasnya disini menyalahi undang-undang dan sewajarnyalah tindakan penguatkuasaan di ambil. JAIS tidak masuk campur orang Kristian nak beribadat macam mana, tapi janganlah mengembangkan agama tersebut di kalangan orang Islam dengan mengedarkan bible berbahasa Melayu, itu dah salah.

Macai pembangkang, tak nak rakyat tahu perkara ini, sebab itulah dibangkitkan sentimen marah orang Iban lanjutan dari tindakan JAIS semalam - terlupa yang serbuan itu berlaku di Selangor, bukan Sarawak!!

Jadi penulis nak jelaskan, inilah dia politik kotor pembangkang yang ramai dari kita terlepas pandang. Gerak kerja divert-divert isu ni memang merekalah dalang dari mula.

Malulah negeri yang PAS ada kepentingan, tapi perkara-perkara macam ini boleh berlaku, jadi nak alihkan isu, sentuhlah perkara yang tidak berkaitan, untuk buat orang marah dan benci pada kerajaan.

Itu saja tujuan, mana ada lain.

Sumber : MYKMU