Lagi Projek Pembangunan PR1MA


Perbadanan PR1MA Malaysia bercadang membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri Kedah dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembinaan rumah- rumah tersebut bernilai antara RM150,000 sehingga RM 250,000 itu membuktikan kerajaan prihatin terhadap keperluan serta kehendak rakyat di Kedah."Ini satu lagi bukti kerajaan menepati janji dalam mengatasi isu terbesar yang ditanggung oleh rakyat di Kedah. Selain masalah peluang pekerjaan, bebanan untuk memiliki rumah sendiri sering menjadi rungutan rakyat.

"Melalui pendekatan ini, bebanan rakyat dapat dikurangkan," katanya ketika berucap sempena Majlis Menandatangani dan Pertukaran Dokumen di antara PR1MA, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan SP Baiduri Sdn. Bhd di sini hari ini.