Majoriti Bahagian UMNO Tidak Mahu Jawatan Presiden & Timbalan Presiden Dipertandingkan #PemilihanUMNO #1Malaysia

"Ia terserah kepada individu masing-masing, kita tak boleh menyekat. Tetapi maklum balas yang saya terima daripada semua bahagian adalah, mereka tidak mahu pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden," 

Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika mengulas tentang saranan Setiausaha Agung Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub agar Menteri Besar dan Ketua Menteri tidak bertanding jawatan MT kerana mereka lebih diperlukan di peringkat negeri.


YB Kunan yang juga Setiausaha Agung UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen Putrajaya berkata demikian ketika di Paya Indah Wetland, Dengkil bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Audit Negara.


Dalam pada itu, YB Menteri Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan kepada Kelab Audit Wilayah Persekutuan sebanyak RM10,000.00.

Perdana Menteri Ajak Rakyat Kongsi Pandangan Dan Idea Bajet 2014 #1Malaysia @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat berkongsi pandangan serta idea dalam Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan pada 25 Oktober ini.

Najib membuat pelawaan tersebut melalui blog www.1malaysia.com dan melalui laman twitternya.

“Saya mengalu-alukan pandangan anda untuk #Bajet2014. Sila ikuti laman blog saya untuk keterangan lanjut http://bit.ly/Bajet2014, “katanya dalam satu tweet.

Mereka Yang Bermasalah, Harus Berundur - @alialhabshee #1Malaysia


BUKAN setakat sudah lama memegang jawatan dan tidak produktif, malah mereka yang bermasalah juga sewajarnya berundur bagi memberi laluan kepada muka-muka baru menerajui UMNO.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, langkah itu juga merupakan sebahagia daripada transformasi politik yang perlu diterjemahkan secara realiti.

"UMNO memerlukan perubahan dalam pelbagai aspek dan salah satu perubahan tersebut ialah kesediaan mereka yang sudah terlalu lama memegang jawatan berundur termasuk yang terpalit dengan pelbagai masalah peribadi," tegasnya.

Negara Jimatkan RM1.1 Bilion #1Malaysia @NajibRazak


Negara mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini melalui pengurangan subsidi minyak dalam usaha menyalurkan dana tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Rasionalisasi subsidi itu bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pengurangan subsidi itu dilihat sebagai kenaikan harga minyak tetapi ia merupakan salah satu proses pengukuhan ekonomi negara untuk jangka masa pendek dan sederhana.