UMNO Pernah Dilanda Ribut & Badai Namun Alhamdulillah Parti Masih Bertahan - @TengkuAdnanReal


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata persidangan di peringkat bahagian menjadi bukti struktur organisasi parti itu yang mantap yang mana bermula dari akar umbi di peringkat Cawangan seterusnya dibawa ke peringkat Bahagian untuk diusulkan diperingkat Pusat.

Menurut beliau ia juga menjadi bukti keterbukaan UMNO untuk mendengar segala cadangan, idea dan suara dari semua peringkat bagi memastikan perjuangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang membela agama, bangsa dan negara terus bersemarak.

Tabung Haji Buka Dua Pusat Rawatan Pada Musim Haji


Dua pusat rawatan akan dibuka di sini dan Madinah bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada 22,320 jemaah Malaysia pada musim haji tahun ini.

Konsul Haji Tabung Haji, Datuk Redhuan Sabaruddin berkata, 16 doktor pakar, 31 doktor perubatan dan seorang doktor pergigian dibawa oleh Tabung Haji.

Seorang Asnaf RM1 Juta? ‪#‎tabayyundulusebelumviral‬ ‪#‎zakatfitrah‬


Viral baru-baru ini satu posting fb seperti gambar di bawah. Maka, MAIWP terpanggil untuk bagi penjelasan

Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di Wilayah Persekutuan. Dan pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri.

UMNO WP Hantar Jentera Berpengalaman & Terlatih Ke #PRKSgBesar - @TengkuAdnanReal #InilahBudiman


Dalam usaha mencapai kemenangan dengan majoriti yang lebih besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar pada 18 Jun ini UMNO Wilayah Persekutuan akan melipat ganda usaha membantu jentera dalaman dan negeri semasa tempoh kempen berlangsung.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin dengan pengalaman dan banyak latihan yang dilalui oleh anak buahnya akan dapat membantu jentera tempatan merealisasikan hasrat parti untuk terus kekal di kerusi tersebut.